Thursday, June 17, 2010

PROGRAM ANAK MALAYSIA SEPERJUANGAN (PANAS)..

Program PANAS yang mewakili Zon Tengah (Selangor dan WP) dan Zon Utara (Kedah, P Pinang, Perak dan Perlis) akan dijadualkan pada 25 - 27 Jun dan 2 -4 Julai.

SINOPSIS

Program PANAS ini diharapkan dapat melahirkan kepimpinan golongan muda dan pelapis parti dalam Angkatan Muda (AMK) dan Srikandi KEADILAN yang mantap dan menghayati perjuangan politik baru KEADILAN serta mampu merancang secara strategik untuk mencapai visi dan misi parti keADILan Rakyat. Program ini akan memfokuskan kepada modul yang terpilih dan akan disampaikan oleh para pembentang yang berkaliber dan berpengalaman.

OBJEKTIF KURSUS:

  1. Untuk mendedahkan pendidikan asas politik kepada generasi muda.
  2. Untuk membentuk generasi pelapis pemimpin KeADILan, terutama di kalangan Angkatan Muda (AMK) dan Srikandi KeADILan, yang turut memahami akan peranan dan fungsinya kepada keperkasaan parti dan pembentukan sistem demokrasi tulen.
  3. Menjana kearah proses kematangan berfikir, berkemahiran dalam strategi komunikasi, berkefahaman akan cabaran dan rinci politik serta mampu membuat keputusan secara kritis, yang akhirnya mampu memberi sumbangan yang lebih produktif dan inovatif terhadap parti.
  4. Untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai isu politik semasa serta mengetahui secara dekat halatuju, polisi, dasar dan struktur parti dan Pakatan dalam membina harapan baru Malaysia.

PENYERTAAN ( berumur bawah 35 tahun)
  • Pimpinan AMK & Srikandi (Negeri, Cabang, Ranting)
  • Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
  • Ahli AIC (Anwar Ibrahim Club)
  • Mahasiswa IPTA/IPTS
  • Pimpinan NGO

Sila hubungi sdr Farid Wajdi - 012 6371987 dan sdr Fareez - 013 3367701

No comments:

Post a Comment