Thursday, June 17, 2010

Program Kepimpinan Transformasional (QIADAH)..

Program Kepimpinan Transformasional (Transformational Leadership) atau QIADAH.


Program ini adalah merupakan satu program yang akan melahirkan kepimpinan yang mantap, menghayati perjuangan politik baru serta mampu merancang secara strategik untuk mencapai visi dan misi KEADILAN.

KUMPULAN SASAR

NEGERI / CABANG / AMK / WANITA (50 PESERTA)

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan perolehi seperti berikut:-

  • Memahami konsep kepimpinan transformasi
  • Memahami bahaya senario politik hari ini
  • Memahami dan menghayati politik baru KEADILAN sebagai alternatif penyelamat
  • Memahami senario ekonomi alaf baru
  • Berupaya merancang plan strategi parti untuk capai visi dan misi parti

Program QIADAH ini akan dijadualkan seperti tarikh dibawah ini:-

Zon Tengah (Selangor dan W. Persekutuan) - 3 - 4 Julai

SARAWAK - 17 -18 Julai

Zon Utara (Perak, P Pinang, Kedah dan Perlis) - 24 -25 Julai

Zon Sekatan (Negri Sembilan, Melaka dan Johor) - 31 Julai - 1 Ogos

Zon Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) - 9 - 10 Oktober

SABAH - 23 -24 Oktober

Tajuk Ceramah:-

  1. Konsep Transformasional Kepimpinan
  2. Senario Politik dan Sosio Ekonomi kini
  3. Dasar KEADILAN - Penyelamat Malaysia
  4. Senario Politik Masa Depan

PROGRAM ANAK MALAYSIA SEPERJUANGAN (PANAS)..

Program PANAS yang mewakili Zon Tengah (Selangor dan WP) dan Zon Utara (Kedah, P Pinang, Perak dan Perlis) akan dijadualkan pada 25 - 27 Jun dan 2 -4 Julai.

SINOPSIS

Program PANAS ini diharapkan dapat melahirkan kepimpinan golongan muda dan pelapis parti dalam Angkatan Muda (AMK) dan Srikandi KEADILAN yang mantap dan menghayati perjuangan politik baru KEADILAN serta mampu merancang secara strategik untuk mencapai visi dan misi parti keADILan Rakyat. Program ini akan memfokuskan kepada modul yang terpilih dan akan disampaikan oleh para pembentang yang berkaliber dan berpengalaman.

OBJEKTIF KURSUS:

  1. Untuk mendedahkan pendidikan asas politik kepada generasi muda.
  2. Untuk membentuk generasi pelapis pemimpin KeADILan, terutama di kalangan Angkatan Muda (AMK) dan Srikandi KeADILan, yang turut memahami akan peranan dan fungsinya kepada keperkasaan parti dan pembentukan sistem demokrasi tulen.
  3. Menjana kearah proses kematangan berfikir, berkemahiran dalam strategi komunikasi, berkefahaman akan cabaran dan rinci politik serta mampu membuat keputusan secara kritis, yang akhirnya mampu memberi sumbangan yang lebih produktif dan inovatif terhadap parti.
  4. Untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai isu politik semasa serta mengetahui secara dekat halatuju, polisi, dasar dan struktur parti dan Pakatan dalam membina harapan baru Malaysia.

PENYERTAAN ( berumur bawah 35 tahun)
  • Pimpinan AMK & Srikandi (Negeri, Cabang, Ranting)
  • Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
  • Ahli AIC (Anwar Ibrahim Club)
  • Mahasiswa IPTA/IPTS
  • Pimpinan NGO

Sila hubungi sdr Farid Wajdi - 012 6371987 dan sdr Fareez - 013 3367701

LAGI SEHARUM NEGERI....


Seperti kenyataan dalam Akademi KEADILAN, pada bulan Julai dan Ogos akan datang beberapa negeri seperti Perak, Terengganu, Sarawak dan lain-lain akan menganjurkan SEHARUM secara bersama dengan Biro Latihan Pusat. Dibawah ini tarikh-tarikh yang perlu diambil perhatian oleh semua Biro Latihan negeri untuk tindakan selanjutnya.
PERAK - 2 JULAI

TERENGGANU - 9 JULAI

SARAWAK - 16 JULAI

PULAU PINANG - 23 JULAI

JOHOR - 30 JULAI

NEGRI SEMBILAN - 6 OGOS


Sila rujuk 'checklist' program SEHARUM dalam 'posting' sebelum ini.

SILA KLIK DISINI PROGRAM SEHARUM
SILA KLIK DISINI 'CHECKLIST' PROGRAM SEHARUM
SILA KLIK DISINI ATURCARA SEHARUM

Monday, June 14, 2010

PROGRAM NEGARAWAN...!!

NEGARAWAN adalah gabungan kepada siri SEKOLAH POLITIK TAHAP 2 adalah program kerjasama sulung antara Biro Latihan KeADILan dan Institut Kajian Dasar (IKD). Umumnya, Program NEGARAWAN [SEKOLAH POLITIK 2] akan memfokuskan kepada 4 modul pembentangan utama, dan digarapkan oleh para pembentang yang berkaliber dan berpengalaman. Antaranya ialah:

Maka, antara kumpulan sasaran umum yang dikenal pasti adalah:

  1. Angkatan Muda KeADILan
  2. Wanita dan Srikandi KeADILan
  3. Alumni siri Sekolah Politik IKD
  4. Pimpinan Mahasiswa dan NGO pro-KeADILan dan Pakatan Rakyat

MATLAMAT

Antara matlamat NEGARAWAN [SEKOLAH POLITIK 2] adalah:

  1. Membentuk generasi pelapis pemimpin KeADILan, terutama dikalangan Angkatan Muda dan Wanita KeADILan, yang berprinsip tinggi, luas inteleknya dan terpuji akhlaknya, yang turut memahami akan peranan dan fungsinya kepada keperkasaan parti dan pembentukan sistem demokrasi tulen.
  2. Melahirkan lebih ramai pemimpin elit professional KeADILan, disamping tetap mementingkan ciri-ciri individu yang ikhlas perjuangannya dan rendah hati sentiasa.
  3. Menjana kearah proses kematangan berfikir, berkemahiran dalam strategi komunikasi, berkefahaman akan cabaran dan rinci politik serta mampu membuat keputusan secara kritis, yang nyata mampu memberi sumbangan yang lebih produktif dan inovatif terhadap parti.